Pantai yang indah walaupun namanya buruk, pantai Batu Buruk sentiasa di
penuhi pengunjung saban hari terutamanya musim cuti persekolahan.
Dengan pasirnya yang memutih di sepanjang pesisiran pantai kawasan ini
sentiasa menjadi destinasi pilihan pengunjung untuk berkelah dan berehat
bersama keluarga. Di kala waktu petang, akan terdapat kanak-kanak
gembira bermain layang-layang dan ada pula penduduk setempat membawa
kuda bersiar-siar di pinggiran pantai.. Suasana sebegini sememangnya
menenangkan jiwa dan menghilangkan kerisauan serta tekanan kerja di
pejabat.
Terdapat
banyak kedai-kedai makanan asli Terengganu..kerana di sebelah pagi
warung-warung di sini akan dipenuhi pengunjung yang ingin menikmati
kelazatan nasi dagang asli Terengganu dan pelbagai juadah istimewa dari
Terengganu.
Ada juga sekumpulan anak-anak muda Terengganu
menjadikan lokasi ini sebagai tempat beriadah dan bermain permainan
tradisional seperti sepak raga, latihan silat dan wau. Dengan
persekitaran yang strategik anda sendiri boleh melihat lambakan
hotel-hotel dan rumah tumpangan di sediakan sesuai mengikut keperluan
kewangan anda.
Takkan nak tengok aje..jom lah singgah ke Terengganu…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan