Jumaat, 17 Ogos 2012

Raya ohh raya !!

Rasanya ada diantara kita yang sudah sampai ke kampung halaman. Maklumlah anak-anak sekolah pun sudah mula bercuti, kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk pulang awal  ke kampung. 

Insyallah kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung pada hari Sabtu sebaik sahaja segala urusan berkaitan diselesaikan. Tahun ini tidak dapat beraya lama di kuala lumpur kerana ada urusan tertentu. Hari selasa sudah kembali ke rumah. Untuk cuti yang sesingkat ini, Insyallah akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk berziarah.

Sempena dengan kehadiran Syawal yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" pada semua. Disamping itu kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang "berblog" serta "bersiosial secara maya" ada menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin"