Sabtu, 9 Februari 2013


Asal usul gaya Rock 'n' roll - Rockabilly - Garage rock - Frat rock - Psychedelic rock - Pub rock - Glam rock - Protopunk
Asal usul budaya pertengahan 1970-an Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Australia
Alat muzik tipikal Vokal - Gitar - Bes - Dram - kadang-kadang dengan alat music lain
Kepopularan arus perdana Menduduki tangga teratas di UK pada penghujung 1970-an. Kejayaan komersial antarabangsa pop punk dan ska punk, pertengahan 1990-an hingga 2000-an.
Bentuk terbitan New Wave - Post-punk - Rock alternatif - Emo
Subgenre
Anarcho-punk - Art punk - Garage punk - Gothic rock - Glam punk - Hardcore - Horror punk - Oi! - Riot Grrrl - Skate punk - Christian punk - Nazi punk
Genre gabungan
Anti-folk - Celtic punk - Chicano punk - Cowpunk - Deathrock - Folk punk - Pop punk - Psychobilly - Punkabilly - Punk blues - Ska punk - 2 Tone   
Rock punk 
merupakan genre muzik yang bermula dari atittuted dan fahaman anti-establishment dalam sekitar 60-an. Momentum besarnya meledak pada lewat 70-an dalam dunia muzik (terutamanya muzik rock). Kehadiran muzik rock punk pada lewat 70-an telah membawa ledakan muzik yang besar hingga ke hari ini. Band yang memulakan rock punk, The Ramones telah membawa dimensi baru muzik rock dalam eranya. Rock n roll yang pantas dan tidak kompleks, tidak banyak polishing bunyian dan berkarat (raw). Seterusnya Sex Pistol di Britain dan the Clash membuka lembaran rock dalam suasana punky dan rebelious, dan mempopularkan budaya punk. Bad Religion yang politikal, Nofx yang sarkastik, The exploited yang anarki sehinggalah kepada R.E.M yang puitis.

Rock punk di Malaysia

Di Malaysia rock punk dimulai dengan rakaman album dari The Pilgrims (nama asalnya Hijrah) pada 1992. Album berjudul "Perfume Garden" adalah ledakan awal muzik bercorak rock punk dalam peta muzik Malaysia. Walaupun Carburetor Dung lebih senior. Carburetor Dung kemudiannya merilis sebuah album di bawah label VSP berjudul "Songs for friends" pada 1993. Subculture pula dengan album "Love and hate" di bawah naungan label yang sama. Sekitar 1997, muncullah band kontroversi punk era pasca moden pop iaitu Marionexxes. Kewujudan mereka tidak diketahui ramai, hinggalah terjadinya kes filem lucah pertama di Malaysia.
Angkatan band lain yang membawa aliran yang sama tetapi dalam ruang legar muzik bawah tanah sebenarnya mula band-band awal seperti the Bollock, acid rain, The expired, Splatters, A.C.A.B, Chaos Head Vomit, ART dan lain-lain.Muzik punk juga merupakan pencetus awal kepada gerakan muzik yang digelar alternatif. Alternatif dengan nama yang berbeza-beza seperti collage rock/rock alternatif/post-punk dan indie rock merupakan revolusi muzik rock punk yang berakar umbi membentuk sub-genre yang pelbagai. pengiat alternatif di Malaysia juga tidak terlepas elak dari pengaruh punk dan rock n roll.Sub-genre alternatif seperti Grunge,post-grunge,post-rock,indie pop,power pop,nu metal, hardcore punk,industrial,pop punk,emo, punk revival, ska dan surf merupakan sinambungan muzik rock punk yang divariasi.
Rock punk di Malaysia tika ini mengalami beberapa peningkatan. Ada yang berjaya memasuki pasaran mainstream seperti ABoi, The Pilgrims, The Official, A.C.A.B dan juga Skin. Ada di antara band-band ini masih aktif dan ada juga telah berkubur. Dalam sirkut underground dan indipendant, muzik rock punk berkembang pesat dalam peta muzik Malaysia.
Antara kumpulan/pemuzik Rock Punk Malaysia yang aktif pada masa kini adalah Bunkface,Nuras,Spider,Skinbasher,Stubborn dan beberapa lagi nama-nama generasi baru Rock Punk yang menggabungkan pelbagai unsur baru dalam karya-karya mereka.

Pantai yang indah walaupun namanya buruk

Pantai yang indah walaupun namanya buruk, pantai Batu Buruk sentiasa di penuhi pengunjung saban hari terutamanya musim cuti persekolahan. Dengan pasirnya yang memutih di sepanjang pesisiran pantai kawasan ini sentiasa menjadi destinasi pilihan pengunjung untuk berkelah dan berehat bersama keluarga. Di kala waktu petang, akan terdapat kanak-kanak gembira bermain layang-layang dan ada pula penduduk setempat membawa kuda bersiar-siar di pinggiran pantai.. Suasana sebegini sememangnya menenangkan jiwa dan menghilangkan kerisauan serta tekanan kerja di pejabat.



Terdapat banyak kedai-kedai makanan asli Terengganu..kerana di sebelah pagi warung-warung di sini akan dipenuhi pengunjung yang ingin menikmati kelazatan nasi dagang asli Terengganu dan pelbagai juadah istimewa dari Terengganu.

Ada juga sekumpulan anak-anak muda Terengganu menjadikan lokasi ini sebagai tempat beriadah dan bermain permainan tradisional seperti sepak raga, latihan silat dan wau. Dengan persekitaran yang strategik anda sendiri boleh melihat lambakan hotel-hotel dan rumah tumpangan di sediakan sesuai mengikut keperluan kewangan anda.

Takkan nak tengok aje..jom lah singgah ke Terengganu…

Isnin, 1 Oktober 2012

Mendaki Gua Sami Perlis

Hajat Dihati Ingin Bersenam Sahaja Tetapi Tertangkap Gambar Sekali !!!
















Jumaat, 17 Ogos 2012

Raya ohh raya !!

Rasanya ada diantara kita yang sudah sampai ke kampung halaman. Maklumlah anak-anak sekolah pun sudah mula bercuti, kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk pulang awal  ke kampung. 

Insyallah kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung pada hari Sabtu sebaik sahaja segala urusan berkaitan diselesaikan. Tahun ini tidak dapat beraya lama di kuala lumpur kerana ada urusan tertentu. Hari selasa sudah kembali ke rumah. Untuk cuti yang sesingkat ini, Insyallah akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk berziarah.

Sempena dengan kehadiran Syawal yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" pada semua. Disamping itu kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang "berblog" serta "bersiosial secara maya" ada menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin"